- Details
- Category: Uncategorised
Anugerah Seri Angkasa merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf para penggiat penerbitan program-program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan RTM. Ia terlebih dahulu dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada tahun 1972.
Sehingga tahun 2000, penyertaan ASA hanya terbuka kepada kakitangan RTM. Beberapa penganjuran ASA sejak 1972 menyaksikan perkembangan terutamanya dalam aspek kategori dan pencalonan.
Biarpun majlis penganugerahan mula dianjurkan pelbagai institusi media dalam tempoh itu, ASA tetap berdiri teguh menganjurkan ASA demi memperbaiki kualiti karya kakitangan RTM khasnya dan hasil produksi luar amnya serta bagi menyediakan peluang dan ruang kepada pengkarya dan penggiat seni tanahair mengetengahkan hasil produksi yang boleh diiktiraf menerusi medium yang berprestij.
- Details
- Category: Uncategorised
1970 - an | : 1972 - 1973 - 1974 - 1975 - 1976 - 1977 - 1978 - 1979 |
1980 - an | : 1980 - 1981 - 1982 - 1983 - 1984 - 1985 - 1986 - 1987 - 1988 |
1990 - an | : 1989/1990 - 1991 - 1992 - 1993 - 1994 - 1995 - 1996 - 1997 - 1998 - 1999 |
2000 - an | : 2001 - 2004 - 2005 - 2006 |
2010 - an | : 2010 - 2016 - 2022 |
- Details
- Category: Uncategorised
1976
- Dato Ahmad Tamimi Serigar antara penggiat seni yang banyak diiktiraf menerusi beberapa penganjuran ASA. Antara anugerah yang dimenangi termasuk bagi kategori Pelakon Pembantu TV Terbaik, menerusi drama RTM berjudul Percayalah pada tahun 1976, Beliau turut memenangi Anugerah Pengarah Terbaik menerusi drama Ana & Aishah pada tahun 1992 dan diangkat sebagai Personaliti Popular pada tahun 1995. Beliau juga seringkali menjayakan ASA sebagai pengacara dan penyampai anugerah.
- Dato’ Ahmad Tamimi Serigar antara personaliti hiburan yang mengungguli pelbagai kategori Anugerah Seri Angkasa sejak 1976.
1978
- Penganjuran ASA 1978, RTM menempa sejarah apabila buat pertama kalinya Anugerah Seri Angkasa disiarkan dalam konsep televisyen warna.
- Anugerah Seri Angkasa sentiasa mengutamakan mutu pengadilan terbaik pada setiap penganjuran. Setiap kategori yang dipertandingkan diadili juri profesional terdiri dalam kalangan pakar dalam pelbagai bidang seni dan penyiaran tempatan. Tokoh akademik Prof Emeritus Dr Nik Safiah Karim merupakan antara individu yang kerap mengetuai panel juri ASA.
- Details
- Category: Uncategorised
Anugerah Seri Angkasa mula diperkenalkan pada tahun 1972 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia bersempena nama Kompleks Angkasapuri sebagai tempat beroperasinya siaran radio dan televisyen yang pertama di Malaysia.
‘Angkasa’ juga melambangkan ketinggian dengan konsep yang luas terbuka dan memayungi alam. Anugerah sebegini adalah untuk memartabatkan dan mengiktiraf penggiat seni industri kreatif penyiaran tanah air khususnya pekerja di belakang tabir seperti kru penerbitan dan siaran, penerbit, pereka, juruhebah, penyampai dan kru teknikal. Mereka merupakan tenaga kerja penting dalam merealisasikan sesebuah penerbitan.
Anugerah Seri Angkasa juga diadakan untuk menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan penyiar dan karyawan agar dapat menerbit dan menghasilkan rancangan-rancangan radio dan televisyen yang lebih kreatif, berkesan dan bermutu untuk menarik lebih ramai pendengar dan penonton selain bersaing di peringkat antarabangsa.
Penganjuran ASA pada awalnya hanya mengetengahkan beberapa kategori utama seperti drama terbaik, pelakon drama lelaki dan wanita, penulisan skrip, pengacaraan, juruhebah radio serta penerbitan dokumentari terbaik.
Mengiktiraf peranan radio pada satu ketika dahulu yang merupakan medium yang paling dekat dengan pendengar, ASA turut memperkenalkan kategori juruhebah terbaik. Pengiktirafan turut diberikan kepada bahagian sokongan yang banyak bekerja di belakang tabir seperti audio, jurukamera, penyunting visual serta penataan cahaya meskipun ketika era itu dunia penyiaran masih lagi dalam format hitam putih sehinggalah ia memasuki era televisyen warna.
More Articles …
Page 2 of 4