1976
 

  • Dato Ahmad Tamimi Serigar antara penggiat seni yang banyak diiktiraf menerusi beberapa penganjuran ASA. Antara anugerah yang dimenangi termasuk bagi kategori Pelakon Pembantu TV Terbaik, menerusi drama RTM berjudul Percayalah pada tahun 1976, Beliau turut memenangi Anugerah Pengarah Terbaik menerusi drama Ana & Aishah pada tahun 1992 dan diangkat sebagai Personaliti Popular pada tahun 1995. Beliau juga seringkali menjayakan ASA sebagai pengacara dan penyampai anugerah.
  • Dato’ Ahmad Tamimi Serigar antara personaliti hiburan yang mengungguli pelbagai kategori Anugerah Seri Angkasa sejak 1976.


1978

  • Penganjuran ASA 1978, RTM menempa sejarah apabila buat pertama kalinya Anugerah Seri Angkasa disiarkan dalam konsep televisyen warna.
  • Anugerah Seri Angkasa sentiasa mengutamakan mutu pengadilan terbaik pada setiap penganjuran. Setiap kategori yang dipertandingkan diadili juri profesional terdiri dalam kalangan pakar dalam pelbagai bidang seni dan penyiaran tempatan. Tokoh akademik Prof Emeritus Dr Nik Safiah Karim merupakan antara individu yang kerap mengetuai panel juri ASA.

<< Kembali