2001

01

  • Menerusi ASA 2001, drama “Takbir Untuk Abdah” merangkul 6 anugerah. Drama arahan Ahmad Ibrahim itu dijayakan pelakon Rosyam Nor dan Wan Nor Azlin.
  • Tan Sri SM Salim menerima Anugerah Cenderahati Khas pada ASA 2001 atas sumbangannya terhadap RTM dan industri hiburan tanah air. Beliau juga pernah menjadi penyampai radio RTM yang dikenali sebagai Radio Malaya.
  • ASA 2001 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Allahyarham Zaiton Hussain pelakon yang menjayakan siri drama paling lama disiarkan RTM, “Opah”.
  • ASA 2001 diacarakan Bob Lokman, Maya Karin dan Aznil Nawawi, disiarkan secara langsung selama 5 jam menerusi TV1, rekod bersejarah dicatat RTM. Sesetengah pihak berpendapat catatan itu seharusnya diletakkan dalam Malaysia Book of Records.
  • ASA 2001 menggabungkan lebih 70 artis dan karyawan seni menjayakan penganjurannya.
  • 3 buah drama mencipta kegemilangan tersendiri bersama Anugerah Seri Angkasa apabila diangkat sebagai pemenang kategori-kategori utama iaitu drama Ana & Aisyah pada 1992, drama Amy Anuar pada ASA 1999 dan drama Takbir Untuk Abdah pada ASA 2001.


2004

2004

  • Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC merupakan antara lokasi paling kerap digunakan bagi penganjuran majlis ASA selain Auditorium Perdana Angkasapuri yang dahulunya dipanggil Auditorium Besar Angkasapuri.
  • Bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat 2 kali menerima Anugerah Khas Juri iaitu pada ASA 1999 dan ASA 2004


2010

2001

 

  • Wajah gembira para pemenang dari pelbagai latar belakang stesen penyiaran pada penganjuran ASA 2010 dengan trofi masing-masing
  • Penganjuran Anugerah Seri Angkasa terdahulu turut mengiktiraf karya pengiklan dengan menampilkan kategori Iklan Televisyen dan Radio Terbaik sebagai menghargai kerjasama syarikat luar yang membeli iklan di pelbagai saluran RTM.

 

2016

2016

 

  • ASA 2016 mengiktiraf pekerja-pekerja di belakang tabir industri kreatif menyaksikan sebanyak 38 pencalonan Kategori TV dan 19 pencalonan Kategori Radio.
  • RTM selaku urusetia ASA 2016, menerima sebanyak 756 borang pencalonan. Hanya 701 penyertaan diterima, manakala 55 lagi ditolak kerana tidak menepati syarat-syarat penyertaan.
  • ASA 2016 sekali lagi mencatatkan sejarah dalam industri kreatif dan penyiaran tanah air apabila acara gilang-gemilang ini berlangsung selama dua malam berturut-turut di Auditorium Perdana Angkasapuri.

<< Kembali